Tuesday, September 13, 2011

Riaz Wellness bantu ibu tunggal


FARA Liza Bashah (kanan) bersama dua pekerjanya di Riaz Wellness.


WANITA dan kecantikan sememangnya tidak dapat dipisahkan seperti aur dan tebing yang sentiasa sering melengkapi.

Mungkin sebab itulah juga mendorong seorang bekas pengurus besar di sebuah syarikat ICT mengorak langkah menceburkan diri dalam bidang kecantikan.

Kerana minat yang mendalam dalam kecantikan sejak kecil lagi membuatkan Pemilik Riaz Wellness, Fara Liza Bashah, 47, bertindak nekad dengan membuka sebuah syarikat menjual produk-produk kesihatan dalaman termasuk produk utama iaitu pelangsingan badan yang diperbuat daripada seratus peratus herba tempatan.

Bagi mengetahui keberkesanan produk yang dihasilkan olehnya beliau sendiri telah mengamalkan kesemua produk-produk tersebut dan ternyata ia berkesan kerana siapa sangka wanita yang sudah berusia lewat 40-an beranak empat seperti baru berusia 30-an.

Beliau mendakwa, dalam masa tiga bulan beliau berjaya menurunkan berat badannya dari 68 kilogram (kg) ke 54 kg.

Menurut Farah Liza, sebelum memasarkan produk-produknya dipasaran terbuka beliau telah menjalankan penyelidikan selama lima tahun bagi memastikan ia benar-benar berkesan.

Jelasnya, setakat ini beliau hanya mempunyai lima produk iaitu Go Slim, Citrus Mix Plus Detox Tea, Hotspot Woman, Hotspot Man dan Prune Glowshine Plus.

"Kesemua produk ini mampu dimiliki semua orang kerana harga yang berpatutan, harganya serendah RM35 hingga RM135," katanya ketika ditemui di premisnya di Subang Perdana Shah Alam baru-baru ini.

Bercerita lanjut katanya, beliau kini sedang menjalankan perbincangan dengan sebuah farmasi terkemuka di negara ini untuk memasarkan produknya dan jika berjaya ia akan mula di jual pada hujung tahun ini.

Beliau juga bercadang untuk meluaskan pasarannya ke Indonesia, Singapura, Bangladesh dan Filipina dalam masa terdekat ini.

Apabila ditanya apakah keistimewaan produknya beliau memberitahu, sememangnya terlalu banyak produk seumpama itu dipasaran sekarang. Tetapi produknya mempunyai keistimewaan sendiri apabila menggunakan ramuan rahsia dengan menggunakan herba-herba tempatan yang diwarisi dari turun temurun.

Jelasnya, keistimewaannya lagi adalah kerana produk itu seratus peratus produk tempatan yang dikilangkan di Negeri Sembilan.

Beliau yang juga ibu tunggal mempunyai hasrat yang murni apabila ingin membantu ibu-ibu tunggal yang mahu menjalankan perniagaan kecil-kecilan.

"Dalam cadangan, kami akan memberikan modal pendahuluan bagi mereka yang ingin menjadi wakil pengedar produk-produk ini.

"Kami juga akan membimbing mereka dalam menguruskan perniagaan masing-masing," tegasnya yang juga mempunyai pengalaman bekerja selama lima tahun dengan pengedar produk kecantikan yang popular di negara ini.

Terangnya lagi, orang ramai yang ingin menjadi pengedar turut dialu-alukan dengan modal serendah RM3,500.

Tambahnya, mereka boleh menghubunginya terus di talian 016-3817898 atau layari www.riazwellness.com.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: