NAJIB (tengah) bergambar bersama sebahagian daripada 34 wakil sekolah-sekolah yang menerima bantuan kewangan pada majlis pelancaran dana pendidikan Community Chest di Kuala Lumpur semalam. |
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, langkah sektor swasta mengambil inisiatif untuk memajukan bidang pembelajaran di negara ini amat dialu-alukan kerana kerajaan semata-mata tidak mampu memenuhi semua keperluan pendidikan.
Kata beliau, walaupun kerajaan menyediakan sejumlah besar peruntukan, ia masih tidak mencukupi kerana bidang pendidikan memerlukan perbelanjaan yang amat tinggi.
"Meskipun kerajaan sudah menyediakan peruntukan yang besar (untuk pendidikan), namun keperluannya lebih besar lagi dan tidak mungkin apa yang dibelanjakan kerajaan selama ini ditakrifkan sebagai mencukupi.
"Banyak lagi peruntukan yang perlu disediakan di semua peringkat jika mahu menjadikan bidang pendidikan kita yang terbaik. Tidak ada kerajaan di mana-mana negara sekalipun yang mampu menyediakan peruntukan bagi sektor pendidikan secara bersendirian tanpa bantuan pihak lain," katanya pada majlis pelancaran dana pendidikan Community Chest di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Confucion di Sungai Besi di sini semalam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: