Saturday, September 10, 2011

Piaggio Liberty 150


PIAGGIO Liberty 150 menambah rangkaian model skuter buatan Itali yang ditawarkan oleh Naza Premira.


SELEPAS sukses dengan model Vespa LX150, pengedar sah jenama skuter premium dari Itali, Naza Premira Sdn. Bhd. (Naza Premira) memperkenalkan pula model Piaggio Liberty 150. Merupakan produk pemasangan tempatan Asean (Asean CKD), Piaggio Liberty 150 dihasilkan di kilang Piaggio di Vietnam.

Sebenarnya, model Liberty mula dibina pada tahun 1997 sebelum diberi gaya baru pada tahun 2004 dan 2009. Skuter yang menampilkan gaya moden itu dipasang dengan unit enjin bersesaran 150cc, sama seperti yang ada pada Vespa LX150. Ia merupakan enjin empat lejang daripada keluarga enjin LEADER ciptaan Piaggio.

Penampilan dan kestabilan tunggangannya diserlahkan lagi menerusi penggunaan rim bersaiz 15 inci di hadapan dan 14 inci untuk tayar belakang. Tidak mahu penunggang kerap ke stesen minyak, jentera itu mempunyai tangki berkapasiti tujuh liter. Di pasaran antarabangsa, Piaggio Liberty 150 disifatkan sebagai skuter untuk pasaran massa yang mampu menarik minat pembeli daripada segenap usia.

Rekaannya menitikberatkan aspek praktikaliti. Sebagai contoh, perumah suis lampu pada hendalnya mudah dioperasi. Bagi memudahkan penunggang, Piaggio Liberty 150 sudah dipasang dengan rak belakang dan perehat kaki yang boleh dicabut.

Platformnya yang rata itu juga menawarkan kemudahan untuk mengangkat objek-objek berkapasiti besar.

Ruang penyimpanan di bawah tempat duduk boleh menempatkan sebiji topi keledar tanpa sebarang masalah. Tempat duduk itu juga telah direndah dan dipanjangkan untuk memberi lebih keselesaan kepada penunggang dan pemboncengnya.

Boleh menjadi jawapan sempurna untuk tunggangan di bandar, Piaggio Liberty 150 dijangka mula dijual pada bulan September pada harga tidak melebihi RM10,000 seunit.

Jika ada sebarang pertanyaan mengenai Piaggio Liberty 150, kunjungilah bilik pameran Vespa berhampiran. Anda juga boleh menghubungi Ketua Jualan & Operasi Naza Premira, Idon Pang di talian 016-2295404 atau e-mel: pang@naza.com.my.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: