![]() |
| NIK AZRUL HISYAM menutup muka ketika dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Kota Bharu semalam. |
KOTA BHARU - Seorang penganggur yang cuba meragut beg tangan seorang pejalan kaki bulan lalu menerima padah apabila Mahkamah Sesyen di sini semalam menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun dan lima sebatan.
Hakim Azman Mustapha menjatuhkan hukuman itu ke atas Nik Azrul Hisyam Ayuhan, 26, dari Kota Bharu setelah lelaki itu mengaku bersalah melakukan perbuatan itu.
Nik Azrul Hisyam didakwa bersama seorang yang masih bebas cuba melakukan rompakan dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada seorang wanita, Teh Bee Loon, 44, di tepi Jalan Dusun Muda di sini pada pukul 1.10 petang, 18 Ogos lepas.
Menurut fakta kes, mangsa sedang berjalan kaki di Wakaf Siku sebelum terpandang tertuduh di atas sebuah motosikal bersama seorang rakannya dalam keadaan yang mencurigakan.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: