![]() |
| Kumpulan CNBLUE |
SEOUL - Kumpulan CNBLUE yang terdiri daripada empat anak muda semakin bijak melakar kemasyhuran apabila bakal merakamkan single pertama mereka dalam bahasa Jepun, berjudul In My Heart pada 19 September ini.
Persetujuan untuk merakam single tersebut lahir selepas kumpulan itu menandatangani kontrak bersama syarikat Warner Music di Jepun.
Dalam pada itu, lagu tersebut turut dirakam dalam bahasa Korea dan dimuatkan dalam cakera video digital (DVD) edisi khas termasuk sebuah buku kecil yang mempunyai 52 muka surat gambar-gambar CNBLUE.
Peluang merakamkan single dalam bahasa Jepun dilihat sebagai satu langkah bijak untuk mengukuhkan nama CNBLUE di negara matahari terbit itu.
Sementara itu, kumpulan tersebut baru sahaja melancarkan album indie terakhir mereka yang berjudul 392 pada 1 September lalu.

handsome sehh!!! <3
ReplyDeletesaye suka semua cute...hhh tp sye suka yg tngh ..sory lupe nme,tp pye pngil shen blehkan mm...!
ReplyDeletesaye suka semua cute...hhh tp sye suka yg tngh ..sory lupe nme,tp pye pngil shen blehkan mm...!
ReplyDelete