
PESAWAT MiG-29 akan terus digunakan kerana kerajaan tidak bercadang menggantikannya dengan pesawat lain. - Gambar hiasan
GEMAS – Pesawat pejuang MiG-29 tidak akan ditukar dengan pesawat lain dalam tempoh terdekat ekoran kekangan kewangan.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan akan menggantikan pesawat itu apabila keadaan mengizinkan dan ada keperluan berbuat demikian.
“Kita sedar tempoh perkhidmatan 10 pesawat MiG-29 buatan Rusia yang dipakai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sudah tamat, namun tiada cadangan bagi menukarnya dalam masa terdekat.
“Di pihak kementerian, kita memahami kerajaan perlu mengutamakan perkara lain buat masa ini dalam RMK-10 berbanding isu penambahan aset pertahanan,” katanya selepas merasmikan Kompleks Mutiara Perwira Niaga Malaysia (Pernama) di Kem Syed Sirajuddin di sini semalam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: