Sunday, September 18, 2011

Hebat penangan Idham




RAMAI yang menjangkakan filem Hantu Bonceng boleh dapat kutipan yang besar memandangkan filem itu ditayangkan masa cuti hari raya.

Dan telah ramai itu memang benar-benar terjadi apabila filem lakonan Zizan dan Juliana Evans itu dah cecah RM8 juta selepas dua minggu ditayangkan.

Itu memang satu pencapaian yang baik bagi Syed untuk orang berpengalaman macam Ahmad Idham. Iyalah, dalam dok sibuk-sibuk bercerita dengan beberapa rakan media baru-baru ini, mereka cukup gembira dengan hal itu.

“Dulu masa buat Adnan Sempit, dapat RM7 juta. Tapi itu filem orang lain. Idham hanya mengarah sahaja. Jadi berapa sahajalah yang Idham dapat, bukan masuk poket dia semua tu.

“Tapi sekarang, untung atau rugi semuanya dia dapat. Kalau dapat lebih, lebihlah yang dia dapat. Memang itu sudah cukup untuk membuat dia tersenyum gembira,” kata teman Syed lagi ni.

Syed tak kisah berapa filem yang Idham nak buat sekalipun. Dengar khabarnya Idham sasar nak buat empat buah filem dalam masa setahun.

Kira okeylah banyak tu, asalkan cerita yang disajikan pada penonton tak busuk dan klise. Bukan apa, kadang kala kita terlalu mengejar kuantiti, sampaikan kualiti teruk yang langsung tak layak diangkat sebagai filem.

Syed tak kata sesiapa tetapi dalam hal ini dah banyak contoh yang kita boleh tengok. Kata filem tapi kualiti serupa drama. Sedih bukan.

Syed: Jom ramai-ramai serbu rumah terbuka Just K Family Karaoke di Selayang Mall petang ni bermula pukul 5 petang.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: