Saturday, September 10, 2011

Guna kebijaksanaan selesai masalah


PARA penuntut melafazkan ikrar pada majlis perasmian Mingguan Orientasi Siswa UPNM di Sungai Besi, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) diingatkan agar menggunakan nilai intelektual dan kredibiliti diri dalam menyelesaikan masalah supaya tidak mudah terpesong daripada matlamat asal sebagai penuntut.

Naib Canselornya, Lt. Jen. Datuk Wira Allatif Mohd. Noor berkata, penuntut perlu bijak menilai dan membuat keputusan supaya mereka boleh mengatasi segala cabaran sekali gus berjaya menamatkan pengajian.

"Saya menyeru kepada mahasiswa gunakanlah nilai intelektual dan kredibiliti anda agar tidak mudah terpesong daripada matlamat asal anda melangkah kaki ke UPNM," katanya pada majlis perasmian Mingguan Orientasi Siswa UPNM di Sungai Besi di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: