Sunday, September 18, 2011

Bradley Cooper Tiada Masa Bercinta

KOMITMEN yang tinggi pada pekerjaan sering menghalang pelakon Bradley Cooper daripada bercinta.

Pelakon filem 'Hangover 2' itu rupanya terlalu sibuk sehingga tidak ingin memiliki komitmen dengan wanita.

Minggu lalu, dia didakwa sedang rapat dengan Jennifer Lopez kerana ketika itu mereka dilihat sedang makan malam bersama-sama di daerah New York.

Menurut Majalah Closer, aktor tampan itu sedang membikin filem 'The Place Beyond The Pines' bersama Ryan Gosling dan penggambarannya memakan banyak masa.

"Sangat menyenangkan, tapi tidak banyak waktu yang tersedia untuk menjalani suatu hubungan," kata Cooper.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: