Wednesday, April 27, 2011

Zahiril, Shera tunang 1 Mei

Nampaknya tahun ini banyak pula artis muda yang mahu melangkah ke gerbang perkahwinan. Pelakon popular Zahiril Adzim juga sedang menuju ke arah itu.

Selamat bertunang...

Setelah sekian lama mengenali pengacara TV3, Shera Aiyob, pasangan itu akan mengikat tali pertunangan pada 1 Mei ini. Majlisnya akan diadakan di rumah keluarga Shera di Ipoh, Perak.

Selamat bertunang Mangga Online ucapkan kepada mereka. Semoga pertunangan ini dilalui dengan aman dan mencapai hasrat ke jenjang pelamin nanti.

Kalau dah saling mempercayai elok benarlah diikat dengan satu ikatan yang pasti. Kalau dan sah jadi tunangan orang, baik Zahiril atau Shera tak akan diganggu oleh orang lain lagi.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: