Wednesday, April 20, 2011

Taylor puja kekasih


TAYLOR LAUTNER


TAYLOR LAUTNER nampaknya memang sedang mabuk kepayang. Masakan tidak, dalam satu temu bual, dia tidak henti-henti memuji kekasih barunya, Lily Collins yang merupakan anak kepada legenda, Phil Collins.

Aktor yang meraih populariti hasil lakonannya menerusi siri filem Twilight itu mengatakan bahawa Lily berhasil membuatnya 'gila' ketika mereka berdua menjalani penggambaran filem, Abduction.

"Saya bertemu dengannya beberapa kali dan dia berjaya membuat saya jadi 'gila'. Dia sangat mengagumkan," ujarnya menerusi laman web Showbizspy.

Bagi Lautner, Lily sangat berbakat dan selalu menyokong dirinya. Dia juga mengungkapkan bahawa mereka sangat mudah serasi ketika melakonkan adegan-adegan romantis dalam filem tersebut.

Pria berusia 18 tahun itu sudah digosipkan menjalin hubungan dengan Lily sejak November lalu, selepas dia menjadi terkenal.

Sementara itu bercakap tentang kehidupannya yang semakin diekori banyak paparazi, Lautner mengakui dia telah kehilangan privasi dengan sangat teruk.

"Saya juga berasa hidup ini tidak lagi normal kerana sering dikejar paparazi," akuinya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: