TERBAIK...(dari kiri mengikut putaran jam) Ratnah, Aiman, Ayish, Salma, Iqa dan Shiha terus berentap.
RAI...peserta Mentor 5 bersama pengarang hiburan Harian Metro/Ahad dan Berita Harian di Balai Berita.
POPULARITI mentor yang membimbing peserta berbakat menjadikan persa�ingan Mentor musim kelima (Mentor 5) sangat sengit.
Sama ada kumpulan A atau B, persaingan ditonjolkan sememangnya hebat, mantap, bertenaga serta menghiburkan.
Malah, ‘aura’ di kalangan peserta wanita cukup unggul apabila menguasai takhta kumpulan A dan B apabila Nur Shiha Mohd Zikir atau Shiha, 24, yang juga anak didik biduanita negara tersohor, Datuk Sharifah Aini mendapat undian tertinggi bagi kumpulan A manakala kumpulan B didominasi Salma A Asis atau Salmah, 21, protege Erra Fazira.
Mampukah Shiha dan Salma mempertahankan penguasaan mereka ataupun ada peserta lain yang bakal menggugat? Dalam persaingan minggu ketiga (Kumpulan A), Shiha tewas di tangan Ratnah atau Ratnah Awal, 28, protege Afdlin Shauki hingga membuatkan mentornya kecewa dan ingin mengundur diri daripada Mentor 5.
Seorang lagi peserta wanita, Iqa atau Nursyafiqah Nasratullah Mohd Nor, 25, (protege Edry Abdul Halim) turut menunjukkan per�sembahan membanggakan ketika persai�ngan minggu ketiga Kumpulan B pada Ahad lalu.
Melihat carta kedudukan mingguan pula, menunjukkan tangga ketiga bagi dua kumpulan bertanding menjadi milik peserta lelaki, Ayish (protege Noh Hujan) dan Aiman (protege Rahim Maarof).
Ditonton lebih tiga juta penonton setiap Ahad, jam 9 malam, bagaimanakah nasib Ayish atau Muhammad Faris Mohamed Razali, 21, dan Aiman (Aiman Hakim Ridza Abdoh, 22)? Apakah nya�nyian mereka berjaya menambat hari juri dan penonton yang mengundi?
Apakah Salma dan Shiha mampu terus berada dalam zon selamat selepas berhadapan dengan kon�troversi? Jika Shiha berdepan dengan mentornya yang ingin menarik diri,
Salma pula dihimpit perta�nyaan mengenai status diri�nya dikatakan janda beranak.
Kunjungan mereka ke Balai Berita, The New Straits Times Press (NSTP), Bangsar kelmarin untuk menghadiri sesi taklimat bersama Pengarang Hiburan Harian Metro, Roslen Fadzil, Pengarang Hiburan Metro Ahad, Abie Abdullah dan Pengarang Hiburan Berita Harian, Zainuri Misfar memberi ruang untuk bertanya persoalan itu.
Shiha mengakui sangat bersalah kepada mentornya yang banyak memberi tunjuk ajar, tetapi dia sering lupa ketika di pentas.
“Saya sendiri kecewa selepas konsert ketiga itu berakhir. Tetapi, apabila difikirkan, saya menerima�nya dengan hati terbuka kerana sememangnya Ratnah menunjukkan kesung�guhan ketika membuat per�sembahan. Saya berjanji akan menebus kekalahan itu.
“Sebaik mengetahui umi (panggilan kepada Sharifah Aini) ingin menarik diri, saya terus menghubunginya dan meminta maaf.
“Saya sedar sudah mengecewakan beliau dan berjanji akan membuat yang terbaik pada konsert minggu keempat nanti.
“Saya berjanji akan melakukan persembahan terbaik dan berusaha me�ngatasi masalah gemuruh di pentas. Kerana terlalu risau, saya sering terlupa segala tunjuk ajar Sharifah Aini, pada hal, semuanya baik ketika sesi latihan,” katanya.
Sementara itu, Salma pula bersikap terbuka dan mengakui kebenaran status dirinya yang pernah berumah tangga dan sudah bercerai.
“Apapun, saya tidak mahu terlalu membicarakan mengenai perkara ini kerana mahu memberikan sepenuh perhatian kepada persaingan Mentor 5. Saya mengaku kerana tidak mahu dianggap seorang yang penipu.
“Dengan pengakuan ini, diharapkan tiada lagi yang bertanya mengenainya. Saya takkan me�ngulas lanjut sehingga Mentor 5 berakhir. Saya ingin membuat yang terbaik kerana memang serius menceburi karier seni. Berilah saya peluang.
“Apapun, tak dinafikan saya sangat tertekan apabila kisah ini tersebar. Namun, saya tidak boleh lari daripada menghadapinya dan lebih baik berkata benar. Kini, fokus dan tumpuan saya adalah melakukan yang terbaik dalam persembahan,” katanya.
Bagi Iqa, dia akan berusaha melakukan yang terbaik dalam persembahannya memandangkan persaingan yang sengit. Katanya, selagi belum tersingkir, dia akan tetap bersaing.
“Namun, jika ditakdirkan tewas juga barulah saya akur. Apapun, saya memang seorang yang bertuah kerana dibimbing Edry yang sememangnya kreatif dan banyak idea dalam persembahan,” katanya.
Begitu juga Ratnah yang tidak mudah mengaku kalah. Katanya, dia cukup berasa tercabar selepas dua minggu menduduki tangga bawah.
Justeru, dia harus berusaha lebih gigih untuk me�mastikan peluang untuknya terus ber�saing adalah cerah.
“Kini, saya memang tidak memikirkan soal penyingkiran. Apa yang ada dalam minda saya sekarang ialah �ingin melakukan persembahan terbaik. Kalau mampu, saya mahu menewaskan Salmah atau meraih pencapaian yang setaraf dengannya,” katanya.
Aiman pula turut ditanya soalan cepu emas berhubung dirinya dikatakan ‘bakal menantu’ Rahim.
Katanya, gosip itu tidak benar dan dia pun tak pernah kenal anak perempuan mentornya.
“Demi Allah, saya tidak pernah kenal dan menjalin hubungan dengan anak abang Rahim. Saya dipilih selepas menghadiri uji bakat tertutup yang dilakukan di studionya. Apa yang pasti, kini saya ingin fokus dalam persembahan,” katanya.
Ayish yang senasib dengan Aiman, nyata tidak menyalahkan mentornya, Noh Hujan.
Katanya, Noh sudah memberi latihan yang baik kepadanya menghadapi saingan Mentor 5.
Cuma, ujarnya dia yang sering hilang arah dan fokus tatkala berada di pentas.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: