GADIS kecil molek ini sangat mesra dengan kamera. Suruh sahaja berubah gaya, dia seperti sudah biasa dan menukar pos dengan bersahaja. Mimie Harris atau nama sebenar Norsyamimi Ahmad Haris, 21, gemar bergaya di hadapan kamera.
Kelebihan itu membuatkannya selesa untuk masuk ke dalam dunia seni. Mencuba bakat nyanyian, dia memasuki MY Star LG musim kedua. Bukan sedikit pengalaman yang dikendong melalui program realiti televisyen tersebut.
Kini dia akan kembali dengan single kedua, Kakiku Kaku setelah memperkenalkan single perdananya dahulu yang bertajuk Jatuh Cinta Lagi. Ada cerita di sebalik lagu yang dirakamkan di studio NAR Records tersebut.GADIS kecil molek ini sangat mesra dengan kamera. Suruh sahaja berubah gaya, dia seperti sudah biasa dan menukar pos dengan bersahaja. Mimie Harris atau nama sebenar Norsyamimi Ahmad Haris, 21, gemar bergaya di hadapan kamera.
Kelebihan itu membuatkannya selesa untuk masuk ke dalam dunia seni. Mencuba bakat nyanyian, dia memasuki MY Star LG musim kedua. Bukan sedikit pengalaman yang dikendong melalui program realiti televisyen tersebut.
Kini dia akan kembali dengan single kedua, Kakiku Kaku setelah memperkenalkan single perdananya dahulu yang bertajuk Jatuh Cinta Lagi. Ada cerita di sebalik lagu yang dirakamkan di studio NAR Records tersebut.
SELINGKUH BAHAGIA
Lagu single kedua saya yang bertajuk Kakiku Kaku adalah gubahan Adi 6ixth Sense. Saya suka lagu ini yang bercerita tentang sebuah pembalasan dendam yang menggembirakan.
Namun realitinya, ia bukan kisah sebenar saya. Ia hanya sebuah lagu yang ditulis oleh Adi, seorang komposer muda yang senang saya bekerjasama.
Kalau tidak ada aral melintang, single ini akan keluar bertemu pendengar pada bulan Mei mendatang kerana kini masih dalam proses mixing.
SIBUK BERLAKON
Selain dengan membahagikan masa dengan kelas seni muzik di Universiti Teknologi Mara, Shah Alam, saya juga sibuk dengan lakonan. Malah kebanyakan peminat mengenali saya melalui lakonan drama bersiri Kau dan Aku.
Saya pernah terlibat dengan program televisyen Cafe Akhil Hayy yang merupakan siri pertama yang memperkenalkan saya kepada dunia lakonan. Dalam masa yang sama terus menjadi pengacara program Intrend.
KELEBIHAN ORANG GENIT
Kata pemilik figura genit ini, ada semangat kecil-kecil cili padi pada dirinya. Saiz kecil tidak semestinya tidak boleh berkuasa.
“Saya sering diperli dengan kata-kata ‘tidak cukup inci’ atau ‘kena pakai kasut tumit tinggi’ kerana kegenitan saya. Tetapi saya ambil itu semua sebagai gurauan.
Ingat semangat kecil-kecil cili padi! Lagipun kalau melalui tempat bersiling rendah, tidak perlu tunduk. Itu kelebihannya.”
OBSES FESYEN
Mimie Harris suka sesuatu yang mempunyai sentuhan elegan dalam fesyen.
“Tapi tidak mahu nampak tua. Sekarang bagi saya gaya yang sedang diikuti ramai adalah fesyen vintaj. Kalau dulu saya terdorong untuk mengikuti fesyen funky tapi kini mahu nampak lebih matang namun punya sentuhan keremajaan.
“Saya gemar melihat gaya pemakaian penyanyi Vanessa Hudgens yang santai tapi ada elemen vintaj. Begitu juga dengan penyanyi Taylor Swift,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: