Saturday, April 23, 2011

Koleksi terbaru Anya Hindmarch


MAHU mengisi lebih barang namun tetap bergaya, boleh cuba beg ini.


MULA terkenal dengan rekaan beg kanvas ‘I Am Not A Plastic Bag’, pelakon British, Anya Hindmarch sebenarnya telah bermula dengan promosi Be a Bag yang membolehkan pelanggan mencetak gambar sendiri pada beg mereka.

“Bukankah itu satu perkara yang menarik, beg anda terpapar wajah anda!” jelasnya yang giat mempromosikan beg rekaan sendiri itu pada tahun 2001. Dengan bermotifkan kebajikan, Hindmarch mengorak langkah menceburi industri kasut dengan seorang rakan kongsi di Venice. Jangan pandang dia sebelah mata kerana rekaan Hindmarch yang diberi nama Her First Class Amenity kit, dipilih khusus oleh British Airways, sekali gus menaikan reputasi dan menaikkan nama Hindmarch sebagai pereka tersohor di peringkat antarabangsa.

Beg kanvas ‘I Am Not A Plastic Bag’ juga punya ceritanya sendiri. Ia sebenarnya bermula dengan kerjasama satu badan kebajikan aktivis United Kingdom yang diberi nama We Are What We Do, yang mana persatuan ini cuba memberi inspirasi kepada orang ramai menggunakan tindakan seharian mereka untuk mengubah dunia menjadi lebih baik. Kumpulan aktivis ini telah bertemu dengan Hindmarch dan memulakan kerjasama mereka dengan mencari satu solusi beg yang mesra alam sekitar, praktikal dan berupaya membawa mesej yang hendak disampaikan kepada orang ramai. Sudah pasti motif utamanya ialah untuk meminimumkan penggunaan beg plastik yang ternyata tidak mesra alam.

Fenomena ‘I Am Not A Plastic Bag’ pastinya meledak apabila golongan selebriti termasuk Keira Knightley, Alicia Silverstone dan Lily Allen menggayakannya.

Apabila beg tersebut mula dipasarkan di kedai runcit Sainsbury‘s di Britain, ia amat laris, di pasaran eBay juga ia dijual dengan harga ratusan dolar. Orang ramai sanggup berbaris sebelum kedai di buka semata-mata untuk mendapatkannya.

Hindmarch juga mencipta fenomenanya sendiri di Malaysia. Terbaru beliau melancarkan koleksi cool, seksi dan wanita glamor yang tahu apa yang mereka mahukan dan berani menyuarakannya.

Inspirasi untuk koleksi SS11 ini sudah tentunya gabungan pelbagai mood wanita yang sentiasa berubah mengikut keadaan. Penggunaan warna-warna alam yang ceria ditambah seri kilauan logam serta perincian menarik. Antara yang terdapat dalam koleksi ini ialah dari kumpulan The Maxi Zip, Enamel Stud Family, The Lacing Family, Evening dan Basket. Dan istimewa untuk peminat Hindmarch, dalam koleksi ini juga menawarkan kasut wanita yang comel sesuai untuk dipakai pada waktu malam atau siang.

Koleksi terbaru ini telah dilancarkan di butik Anya Hindmarch, Parkson, Pavilion oleh pengarah urusan Anya Hindmarch Malaysia, Soo Shea Pin.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: