![]() |
| IHeal Medical Centre menggunakan peralatan berteknologi tinggi. |
MENJAGA kesihatan tubuh badan supaya terhindar daripada penyakit berbahaya merupakan tanggungjawab setiap individu.
Hal yang sama turut ditekankan oleh IHeal Medical Centre yang sejak penubuhannya mendukung konsep setiap insan bertanggungjawab terhadap menjaga sendiri kesihatan mereka.
Pusat perubatan yang mula beopersi kira-kira setahun lalu, menawarkan pelbagai pakej rawatan kesihatan dan pencegahan yang berkonsepkan suasana keselesaan seperti spa dan rumah.
Kelainan ini pasti dirasai kerana seawal kaki melangkah di pintu masuk, tiada bau ubat-ubatan yang mencucuk hidung seperti yang seringkali kita rasai ketika berkunjung di pusat rawatan kesihatan lain.
Pelanggan juga akan dapat melihat konsep susunan dan reka bentuk dalaman yang menjanjikan kelainan daripada pusat-pusat rawatan lain yang terdapat di Malaysia.
Pengasas IHeal Medical Centre, Dr. David Khoo Sin Keat, menjelaskan idea penubuhan pusat kesihatan ini adalah berdasarkan beberapa aspek penting yang dapat memberikan kemudahan kepada para pesakit.
"Penubuhan pusat kesihatan di tengah-tengah kota metropolitan ini sangat bersesuaian kerana tempat ini merupakan kawasan tumpuan orang ramai di samping penggunaan peralatan yang berteknologi tinggi.
"Ini juga merupakan satu usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat pelancongan kesihatan di rantau Asia," katanya.
Beliau menjelaskan bahawa fokus utama penubuhan pusat kesihatan ini iaitu perubatan pencegahan, perubatan pemulihan dan perubatan genetik .
Selain itu, terdapat lima bidang rawatan yang ditawarkan iaitu, pusat jantung dan paru-paru, rawatan penyakit usus, klinik rawatan penyakit hidung, telinga, tekak, alahan dan masalah dengkuran, pusat kecantikan kulit dan pembedahan plastik.
Jelas Dr. Sin Keat, terdapat dua pakej menarik yang ditawarkan kepada pelanggan dengan harga yang berpatutan iaitu ujian saringan untuk menentukan penyakit jantung dan kanser, berserta pakej untuk menentukan risiko penyakit kanser.
Beliau juga menjelaskan keistimewaan IHeal Medical Centre adalah berdasarkan kepada aspek perkhidmatan kepada pelanggan, penggunaan peralatan yang berteknologi tinggi dan kemudahan rawatan yang disediakan.
"Alat pengimbasan berteknologi (CT) tinggi merupakan yang pertama digunakan di Malaysia oleh IHeal Medical Centre," katanya.
Sebarang maklumat lanjut mengenai IHeal Medical Centre yang terletak di tingkat 7 dan Midvelley ini bolehlah melayari www.Iheal Medical Centre.com.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: