|
|
SHAH ALAM – Bekas peguam, N. Pathmanabhan dan tiga pekerja ladang, T. Thilaiyagan, R. Matan dan R. Khatavarayan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini semalam terhadap empat tuduhan membunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain tahun lalu.
Mereka membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Akhtar Tahir.
Akhtar menetapkan selama tiga bulan untuk perbicaraan bermula 4 Julai ini.
Pathmanabhan, 42, Thilaiyagan, 20, Matan, 21, dan Khatavarayan, 31, didakwa membunuh Sosilawati; pegawai bank, Noorhisham Mohamad, 38; peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44, di Lot No. 2001 Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting pada 30 Ogos tahun lalu.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: