Sunday, April 17, 2011

Jom sertai bengkel di Kuantan


SEORANG pesakit mencuba rawatan laser untuk muka semasa bengkel bersama dr. rushmini di kuala lumpur.


BAGI penduduk di pantai timur, ini peluang yang ditunggu-tunggu. Dr. Rushmini Maris Ismail akan menemui anda semua di Kuantan, Pahang. Bertindak sebagai tuan rumah dan penganjur bersama, Dr. Shaharom Sulaiman dari Thalia Clinic tampil dalam bengkel ketiga selepas yang pertama di Kuala Lumpur Mac lalu.

Bengkel kali menampilkan tema berbeza. Bukan lagi cantik sihat tetapi Kecantikan dan Anti Penuaan. Bagaimanapun, intipatinya masih menyentuh perihal sihat lantaran menurut Dr. Shaharom hanya dengan kesihatan yang baik maka berlangsunglah proses anti penuaan.

''Bagaimana mungkin kita bercakap tentang kecantikan dan anti penuaan jika tubuh serta minda kita tidak sihat.

Asas

''Kita semua mesti ingat asas penting - minda sihat melahirkan tubuh yang sihat,'' katanya yang berterima kasih kepada M2, sisipan Ahad Mingguan Malaysia kerana meneruskan kerjasama untuk menjayakan bengkel sehari itu.

Menurut Dr. Shaharom, beliau dan Dr. Rushmini akan memperkatakan tentang kecantikan dan kesihatan secara menyeluruh.

Daripada situ lahirlah 'Kecantikan Untuk Semua Luar dan Dalam'. Bukan sekadar ceramah, bengkel yang dianjur bersama Marissa Esthetik serta syarikat farmaseutikal, Aptomed Sdn. Bhd. menawarkan lebih daripada itu.

Syarikat produk kecantikan mineral KISS, penjagaan kulit NeoAsia (M, SkinMedica, NeoStrata & Heliocare turut mengambil bahagian memberi panduan kepada peserta tentang tatacara menjaga wajah.

Tentunya ramai yang mahu melihat demonstrasi rawatan laser, chemical peeling, radio frequency dan kaedah melangsingkan badan - semuanya ada semasa bengkel. Jika ada keinginan mahu mencuba tiada siapa menghalang. Pakar menunggu anda di sana untuk memberikan rawatan percubaan. Jika anda berminat, apa kata hubungi Thalia Clinic 09-5164777 untuk maklumat lanjut. Bengkel akan berlangsung pada 14 Mei 2010 dari 8.30 pagi hingga 5 petang bertempat di Hotel Zenith, Kuantan, Pahang. Bayaran penyertaan adalah sebanyak RM250. Tunggu pelbagai cenderahati dari pihak penaja.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: