Saturday, April 2, 2011

Jennifer Garner jadi Miss Marple


JENNIFER GARNER


Jika diperhatikan, Garner lebih selesa membintangi filem bercorak komedi atau romantik komedi seperti 13 Going 30, Juno, Catch and Release dan Valentine's Day.

Bagi peminat Garner, dia dilihat amat sesuai membawakan watak aksi dan lasak sesuai dengan sosok tubuhnya yang tinggi lampai itu.

Barang kali berita baru ini pasti mampu membuatkan peminat Garner teruja untuk menantikan filem terbarunya yang akan menjalani penggambaran kelak.

Baru-baru ini, Garner dipilih untuk membawakan watak Miss Marple, seorang penyiasat terkenal yang merupakan watak ikonik dalam novel-novel karya Agatha Christie.

Sebelum ini, watak berkenaan pernah dibawakan oleh tiga aktres veteran iaitu Margaret Rutherford, Angela Lansbury dan Ita Ever dalam filem mahupun televisyen yang pernah diterbitkan.

Jika ada yang menyangka Garner akan mengikut jejak langkah mereka dengan membawakan watak Miss Marple dengan gaya penyiasatan lama, usah bimbang.

Ini kerana Disney selaku penerbit filem berkenaan sudah menjanjikan Miss Marple versi baru ini akan menjadi lebih sofistikated dan moden seiring dengan sentuhan baru untuk filem tersebut.

Lakon layarnya pula akan ditulis oleh Mark Frost dan dikatakan juga dua pemenang Oscar, Judi Dench dan Helen Mirren akan membintangi filem itu.

Barisan pelakon lain pula akan diumumkan dalam satu sidang akhbar tidak lama lagi manakala masih belum ada pengesahan tentang tarikh penggambaran filem ini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: