Thursday, April 14, 2011

Jaejoong nafi skandal cinta




MENERUSI satu temubual dengan majalah IS Sports baru-baru ini, anggota kumpulan terkenal Korea Selatan JYJ, Jaejoong telah mengeluarkan kenyataan mengulas mengenai skandal dan spekulasi yang mendakwa dia bercinta dengan beberapa bintang tersohor Jepun.

Mengenai gosip cinta dirinya dengan penyanyi Ayumi Hamasaki, katanya: “Memang benar saya menjalinkan persahabatan dengan Ayumi. Kami pertama kali berkenalan di konsert A-Nation dan sejak itu saling berhubung menerusi telefon. Tapi hubungan kami bukanlah sehingga ke tahap bercinta.”

Gosip cinta mereka berdua mulai hangat diperkatakan Oktober lepas apabila Ayumi menghadiri persembahan JYJ di Jepun.

Jaejoong juga menafikan bercinta dengan seorang lagi bintang terkenal Jepun, Yamada Yu. “Yamada adalah salah seorang kawan rapat saya, sama seperti Yamashita Tomohisa. Kami berkenalan di sebuah parti di Los Angeles dan sejak itu kami menjalinkan persahabatan. Seperti umum ketahui, Yumada kini bercinta dengan Oguri Shun.

Dia menegaskan lagi: “Saya tidak ada teman wanita buat masa ini kerana saya menghabiskan kebanyakan waktu senggang saya di rumah. Saya sekadar menjalinkan persahabatan dengan bintang-bintang terkenal Jepun itu.”

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: