Monday, April 18, 2011

Hubungan seperti adik-beradik


HUBUNGAN Aznil dengan bekas alumni Akademi Fantasia ini sudah menjadi seperti adik-beradik.


TIADA siapa menyangka Akademi Fantasia (AF) yang mula diperkenalkan Astro pada tahun 2003 telah mencipta fenomena baru dalam industri penyiaran negara.

Harus diakui, perjalanan AF sebenarnya banyak dihidupkan oleh pengacara nombor satu negara, Aznil Nawawi selama lima musim dia mengendalikan AF dari tahun 2003 hingga 2007.

Malah, Aznil sendiri mengakui AF telah mengubah hidupnya secara total dan terus mengangkat namanya di puncak tertinggi seperti mana hari ini.

Kini, selepas tiga musim 'berehat' dan menjadi pemerhati, Aznil kembali mengemudikan rancangan kegemaran ramai itu untuk musim kesembilan yang juga merupakan AF yang terakhir.

Untuk itu, Hits memberikan penghormatan kepada pengacara unggul negara ini dengan mengadakan sesi fotografi khas bersama lima alumni AF yang dipilih sendiri oleh Aznil.

Mereka yang dimaksudkan ialah Nurul Hana Che Mahazan atau Nana dari AF1, Ahmad Zahid Baharuddin (Zahid - juara AF2), Syaiful Reza Mohamed (Reza Mohamed - AF3) serta juara dan bekas peserta AF5, Noorsyarmilla Jirin (Mila Jirin) dan Muhammad Aizat Amdan (Aizat).

"Jujurnya, memang sukar untuk saya membuat pilihan. Namun saya melihat sesuatu yang istimewa dalam diri mereka yang membuatkan saya tidak teragak-agak untuk memilih mereka dalam sesi fotografi ini.

"Hubungan kami yang rapat itu juga telah menjadikan kami seperti adik-beradik," kata Aznil tanpa selindung.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: