Thursday, April 21, 2011

Demi Lovato tinggalkan Disney


Demi Lovato


LOS ANGELES 20 April - Bintang remaja Demi Lovato meninggalkan rancangan popularnya di Disney Channel, Sonny With a Change kerana menyifatkannya tidak baik untuk kesihatannya selepas baru menjalani rawatan bulimia.

Lovato, 18, yang kini telah pun menerbitkan dua album hit memberitahu majalah People dia akan memberi tumpuan kepada muzik pada masa depan.

"Ini penting bagi saya untuk terus maju ke depan dan meninggalkan rancangan ini untuk memberi tumpuan kepada bidang muzik. Ia sesuatu yang menyedihkan, tetapi mungkin baik kepada masa depan saya.

"Kembali ke rancangan itu tidak baik untuk proses pemulihan saya kerana berada di depan kamera membuatkan saya gementar," katanya.

Lovato memainkan watak utama sebagai remaja Wisconsin dalam Sonny With a Chance, sekali gus menjadikannya antara bintang remaja antarabangsa terbesar Disney Channel.

Menurut bintang muda itu dalam temu bual televisyen yang akan disiarkan hujung minggu ini, dia mengalami gangguan pemakanan sejak berusia lapan tahun.

"Gangguan pemakanan itu mendorong saya makan secara berlebihan dan bulimia, serta mula mengerat anggota badan sendiri secara rahsia pada usia 11 tahun.

"Saya mengamalkan pemakanan yang berlebihan pada usia lapan tahun dan saya rasa sepanjang tempoh 10 tahun lalu, tabiat pemakanan saya tidak sihat," ujarnya kepada rancangan Good Morning America.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: