|
|
BINTANG Kpop yang membesar di Amerika Syarikat, Brian Joo dituduh menciplak lagu kepunyaan Drew Ryan Scoot bertajuk Domino.
Namun, agensinya Jellyfish Entertainment mendedahkan lagu The Components of Tears adalah lagu yang diterima daripada Ryan Scoot sama dengan lagu yang dimuat naik di laman YouTube.
“Kadang-kadang komposer luar negara memuat naik lagu mereka dalam laman web, kami memohon maaf kerana tidak berhati-hati dalam perkara ini.
“Ia menyebabkan kekeliruan kepada mereka yang percaya Brian melakukan plagiat,” ujar agensi pengurusan Brian lagi.
Pengguna Internet yang fanatik percaya Brian menciplak lagu tersebut daripada laman web walaupun dalam album Brian, kredit kepada pencipta lagu sudah pun diberikan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: