![]() |
| Reka bentuk yang futuristik menjadikan Samsung 3D LED Monitor ini bakal menjadi tumpuan. |
LEBIH menarik dan memiliki reka bentuk futuristik di samping harga yang berpatutan menjadikan dua produk yang diperkenalkan Samsung kini tarikan utama peminatnya.
Kedua-dua produk tersebut adalah Samsung Notebook Series 9 dan Samsung 3D LED Monitor bagi memenuhi kehendak peminat di dunia teknologi pengkomputeran dan IT.
Dilengkapi bersama Windows 7 dan pemproses Intel® Core™ i5 generasi kedua di samping memori sehingga empat GB menjadikan penggunaan Samsung Notebook Series 9 dalam melaksanakan apa jua kerja lebih pantas dan dinamik.
Malah suntikan teknologi Intel's Intelligent Turbo Bost menjadikan penggunaan sumber tenaga boleh ditentukan mengikut kehendak pengguna sama ada pada masa yang sangat diperlukan atau sebaiknya.
Ia sekali gus membantu pemiliknya untuk melaksanakan apa jua tugasan dengan lebih mudah, pantas dan lebih penting mampu menjimatkan tenaga.
Samsung Notebook Series 9 hanya seberat 1.31 kilogram (kg) dan setebal 16.3 milimeter (mm) bersama skrin seluas 13 inci.
Pastinya, skrin merupakan tumpuan utama bagi peminat komputer riba. Justeru Samsung Notebook Series 9 dilengkapi teknologi paparan SuperBright Plus (400 nit) bersama 16 juta reproduksi warna.
Teknologi tersebut menawarkan paparan skrin yang lebih jelas dan terang bak kristal.
Komputer riba ini juga turut dilengkapi teknologi PowerPlus yang mampu melanjutkan usia tenaga baterinya sehingga tiga jam lebih lama berbanding komputer riba yang sedia ada dipasaran.
Seterusnya skrin monitor yang memiliki reka bentuk anggun serta berkonsepkan futuristik, Samsung 3D LED Monitor.
Menawarkan teknologi 3D bagi paparan televisyen, wayang gambar, foto serta video, Samsung 3D LED Monitor merupakan kelangsungan teknologi monitor dari Samsung.
Nipis dan reka bentuk yang ringkas menjadikan skrin ini sangat sesuai diletakkan di mana-mana jua sama ada di pejabat sehingga ke bilik tidur.
Bersama teknologi LED-backlit, Samsung 3D LED Monitor siri 7 dan 9 ini juga mampu menjimatkan penggunaan tenaga elektrik sehingga 40 peratus daripada skrin biasa.
Ia juga mampu menukar kadar keterangan cahaya yang dipaparkan melalui skrin dengan teknologi Eco Light Sensor mengikut kadar pencahayaan bilik dimana skrin tersebut diletakan.
Untuk maklumat lanjut sila layari laman web Samsung di www.samsung.com.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: