Monday, February 23, 2009

Fauziah Ghouse Di Paksa Kencing Dalam Seluar Depan Orang Ramai!

image
Pelakon berusia 26 tahun ini juga terpaksa menahan malu apabila perlu melakukan sendiri adegan dirinya terkencing di dalam seluar gara-gara terlalu takut akibat dirasuk dalam filem Rasukan Ablasia.

“Saya rasa macam ‘teraniaya’ betul pada awalnya bila kena berbuat demikian. Waktu itu pula saya masih baru lagi sebagai pelakon. Tetapi saya lihat semua itu dalam aspek positif.

“Boleh dikatakan filem ini adalah filem pertama menyaksikan saya sebagai pelakon utama. Malah, disebabkan filem inilah telah mendorong saya untuk meneruskan perjuangan saya dalam bidang ini.

“Prof Razak banyak memberi motivasi kepada saya dalam aspek lakonan,” kata Fouziah yang memegang watak Elly dalam filem ini.

Menurut aktres popular ini, dia tidak kisah lakonannya dikritik kelak memandangkan ketika filem itu dibuat, dia masih belum banyak mempelajari selok-belok lakonan.
“Saya akui, ketika itu saya langsung tidak mempunyai asas yang kukuh dalam bidang lakonan. Itu adalah filem pertama saya dan pastinya banyak kekurangan. Saya juga tidak begitu faham tentang teknik kamera pada waktu itu.

“Ditambah pula dengan karektor saya yang perlu bermain dengan pelbagai emosi, saya jadi tertekan juga pada awalnya.

“Apapun, jika tidak kerana bimbingan Prof Razak dulu, saya tidak pasti sama ada saya boleh lakukan dengan lebih baik hari ini,” kata Fouziah lagi kepada mStar.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: