Monday, February 23, 2009

Dengarnya Fasha Punya Cakap Takleh Pakai Lagi!

image

Dengarnya... Janganlah kaitkan orang lain lagi
Oleh Normah Becok

AKTRES ini kalau Cik Normah tak sebut namanya pun, pasti ramai yang sudah boleh agak. Biar dipalit kisah sensasi dia masih berjaya memboloskan diri dalam senarai Top 5 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008. Nampaknya, dia masih ada peminat. Baguslah itu. Cik Normah tak nafikan masa sidang media berlangsung minggu lalu, dia memang cantik dan ada juga rakan media yang masih menemubualnya. Eloklah, daripada tak ada langsung yang temu bual. Dia tetap menjadi tumpuan lensa jurugambar.

Bagi Cik Normah, aktres ini ada rupa dan bakat selain umurnya masih muda. Kenapa tidak gunakan semua kelebihan itu sebaik mungkin. Tidak perlulah nak mengheret orang lain untuk mempopularkan diri atau bagi tujuan hendak menarik perhatian orang.
Akhirnya aktres ini popular bukan kerana drama atau filem lakonannya yang ‘meletup’ tetapi panas kerana dikaitkan dengan orang itu, orang ini, VIP itu, VIP ini. Lepas itu, dia nafikan bagi macam-macam alasan yang meloyakan. Tak tahulah dengan orang lain, tapi bagi Cik Normah, setakat memberi alasan kononnya kawan biasa, teman tapi mesra dan macam-macam lagi, adalah taktik dan tipu helah lapuk.

Kepada aktres ini, lakonannya pula yang masih entah apa-apa tidak pula cuba untuk diperbaiki. Kalau lakonannya pun tak bagus, apa sangat hendak ditulis orang media. Ada rakan jurugambar memberitahu aktres ini memandai-mandai padamkan atau ‘delete’ gambar dia yang kononnya mungkin tak cantik. Kita yang jadi wartawan ini pun tak pernah nak suruh jurugambar padamkan gambar mana-mana artis diambilnya. Jadi, kerana geram, rakan Cik Normah tadi suruh jurugambar tadi padamkan semua gambar aktres itu yang sudah diambilnya kerana katanya dia sudah hilang minat untuk buat ceritanya. Puas hati. Cik Normah tak nak komen pasal itu.

Seperkara lagi yang Cik Normah nak sebut, pengakuannya kata nak kahwin tahun ini, rasanya tahun lepas pun sudah cakap perkara sama tapi tak kahwin-kahwin juga. Sebab itulah, apa saja cerita dan pengakuannya sudah tidak boleh dipercayai lagi.

Cik Normah pun susah nak ramal populariti aktres ini pada masa mendatang. Mungkin naik, mungkin juga suram dan padam. Cuma Cik Normah berasakan, kalau namanya sudah tidak menjadi sebutan macam dulu, usahlah salahkan orang lain atau cuba nak heret pihak lain yang tidak ada kena mengena dengan kehidupannya.

3 comments:

  1. siapa dia ni?? kaki macam kaki gajah..huahua

    ReplyDelete
  2. k0 mmg cantik...
    tp k0 gedik..
    buat 0rg xske jek ngan k0..
    huh..!!!

    ReplyDelete
  3. Dengar kata dia rampas laki orang, betul yer?

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: