ANTARA personaliti TV3 yang masih bujang dan kerap menjadi tumpuan media kerana statusnya itu ialah Ally Iskandar. Cik Normah sendiri berkenan dengan sikap Ally yang peramah dan berbakat pula dalam pengacaraan. Tetapi, Cik Normah ni sekadar berkenan 'gitu-gitu' sajalah. Tak adalah sampai hendak jadi kekasih dia. Ah, malulah!
Baru-baru ini, Cik Normah terbaca sebuah ruangan gosip yang mengatakan kononnya si pengacara popular itu kini akrab ala-ala bercinta dengan penyanyi yang tidak suka memakai kasut, Elyana.
Lalu, ada jugalah spy Cik Normah yang menyibuk bertanya sana-sini, betulkah Ally intim dengan penyanyi muda belia itu? Yalah, setahu Cik Normah, Elyana kini berkawan rapat dengan seorang jejaka yang jauh lebih berusia daripadanya. Sudah lama jugalah penyanyi Kalis Rindu itu berkawan dengan lelaki tadi.
Siasat punya siasat, Cik Normah dikhabarkan, Ally pun sekadar berkawan dengan penyanyi berkenaan. Sebelum ini, Ally dikatakan tidak rapat dengan Elyana kerana menganggap penyanyi itu sombong. Elyana juga tidak bersahabat baik dengan Ally dengan alasan sama, pengacara itu sombong. Jadi, kedua-duanya tidak rapat kerana tersilap menilailah ya?
Namun, apabila Elyana dan Ally sama-sama terbabit dalam Anugerah Juara Lagu Ke-23 dan Elyana sendiri menjadi tetamu rancangan Ally, mereka mula akrab. Apatah lagi Ally dan Elyana pernah belajar di sekolah yang sama di Shah Alam. Jadi, ada jugalah benda yang mereka hendak borakkan apabila berjumpa.
Cik Normah juga dikhabarkan, kononnya buat masa ini Ally tidak mahu bercinta dengan sesiapa. Katanya, susah hendak mencari wanita yang benar-benar faham kedudukannya sebagai personaliti TV yang sentiasa menjadi perhatian orang. Jadi, dia ala-ala mahu bebas daripada ikatan cinta, sebaliknya memberikan tumpuan kepada program kendaliannya yang kian mendapat tempat di kalangan penonton TV3.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: