Thursday, February 5, 2009

Cinta tiga segi Madonna


MADONNA keluar bersama Jesus selepas beberapa hari dilihat meluangkan masa dengan Alex (kanan).


ADAKAH Madonna sedang bermain cinta tiga segi atau dia sememangnya tidak boleh hidup dengan bertemankan seorang lelaki sahaja? Meskipun sudah mencecah usia 50 tahun, namun dari segi aktiviti bercinta, Madonna yang sudah berpisah dengan pengarah filem, Guy Ritchie nampaknya kembali aktif.

Ketika laporan menyebut dia bercinta dengan pemain besbol, Alex Rodriguez, dunia mungkin tidak begitu terkejut.

Namun, sedikit mengejutkan apabila dia digosip bercinta dengan model Brazil berusia 22 tahun, Jesus Luz.

Laporan paling terbaru mengenai kisah cinta Madonna bagaimanapun mungkin agak mengejutkan. Ini kerana selepas beberapa hari dia menghabiskan masa berkualiti dengan Rodriguez di ladang milik Jerry Seinfeld di Hampston, Amerika Syarikat, Madonna dirakam fotonya sedang berjalan penuh intim bersama Luz di New York pada Isnin lepas.

Pasangan itu tidak dapat mengelakkan diri daripada buruan paparazi yang berebut merakamkan foto mereka yang keluar makan di sebuah restoran elit di Manhattan.

Apa yang menarik, Madonna keluar bersama Luz pada hari yang sama Rodriguez dilaporkan sah bercerai dengan isterinya, Cynthia oleh mahkamah Miami.

Apa pun, semua itu bukan sesuatu yang mengejutkan kerana itulah Madonna - tidak kira pada usia berapa pun dia.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: