Sunday, February 22, 2009

Artis Wanita Popular Nak Cuba Bunuh Diri!

image

Bila sebut nama pelakon wanita yang cun melecun ni kadang-kadang rasa kasihan pun ada juga. Yalah, baru-baru ni terkantoi kerana bercinta dengan suami orang.

Lepas tu ada hati pula nak cantas laki sepupu sendiri. Pendek kata pelakon berusia 20-an ni tak serik-serik kerjanya nak hancurkan rumah tangga orang.

Bila kita nasihatkan dia, dia kata kita ni jahat. Tapi kerja dia tu lagi nakal. Maklum sajalah orangnya lawa, mudahlah nak ambil kesempatan. Dan yang terbaru Niezam dengar cerita kereta pelakon ni dah kena tarik sebab dah berbulan dah tak bayar.

Tak apalah, tarik yang ni, ada sebiji lagi yang lain pula. Kalau setakat nak dapat sepuluh biji kereta baru pun tak ada masalah la bagi pelakon ni. Tapi yang masalahnya sekarang dia dah buat satu kerja gila.

Kalau selama ni kerja gila dia nak ganggu rumah tangga orang, kali ni dia dikatakan sudah menelan pil tidur. Puncanya dia dikatakan tak dapat nak kawal emosi kerana berserabut dengan masalah yang datang bertimpa-timpa.

Sehinggalah pada satu hari tu dia buat keputusan menelan beberapa pil tidur sehingga tak sedar diri. Nasib baik ada orang tolong selamatkan dan terpaksa hantar ke pusat rawatan berdekatan. Kalau tidak, tak tahulah apa nak jadi?

“Bila sampai di pusat rawatan tu doktor nak rujuk dia ke hospital kerajaan untuk rawatan lanjut tapi dia tak nak pergi.

“Dia minta dihantar ke hospital swasta lain kerana pelakon tu takut rahsia dia telan pil terbongkar. Alasannya dia ada ramai kawan di hospital kerajaan,” kata seorang pengadu.

Khabarnya keadaan pelakon ni dah kembali stabil selepas mendapatkan rawatan. Harap-harap dia insaflah dengan perbuatan dia tu dan kembalilah kepada Allah. Telan pil sekilo pun masalah tak boleh selesai juga. Ingat, jangan sampai kita mati macam tu. Nanti kekal dalam api neraka.

NIEZAM: Sesiapa yang nak jadi pelakon atau penyanyi boleh hubungi FG Music & Filem untuk uji bakat.

1 comment:

  1. dari telan pil tu, pegi jer lah kaunseling, jadi org bek, susah sangat ker kalau x kacau laki orang?

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: