Sunday, February 1, 2009

Angelina pakai baju terbalik



Angelina Jolie

LOS ANGELES: Aktres Angelina Jolie dilaporkan menerima kecaman hebat pengkritik fesyen seluruh dunia yang mempertikaikan sama ada tindakan beliau memakai gaun terbalik ketika menghadiri anugerah 'Screen Actors Guild' adalah disengajakan.

Aktres yang memilih gaun koleksi musim panas rekaan Max Azria ketika menghadiri majlis di Los Angeles Ahad lalu itu memakainya secara terbalik dengan mengenakan bahagian belakang diletakkan di hadapan.

Gaun biru berharga £560 (RM2,932) memiliki lengan ala kimono dan berpinggang serta berleher luas.

Bagaimanapun, gambar yang dirakamkan pada anugerah itu, menunjukkan dada Jolie ditutup penuh manakala tatu di bahagian belakang tubuhnya terdedah luas.

Pereka fesyen beliau, Jen Rade kemudian mengesahkan kepada Usmagazine.com bahawa beliau sengaja mengenakan pakaian itu secara terbalik untuk memastikan ia lebih kelihatan seperti blaus dan mendedahkan seni tubuhnya.

Ketika membincangkan pakaiannya dalam satu temu bual bersama rancangan televisyen E! Jolie berkata: "Saya lebih suka selesa, saya memilih untuk mengutamakan keselesaan."

Beberapa pakar fesyen terkemuka pada awalnya gagal mengesan bahawa pakaian berkenaan dikenakan terbalik.

The Los Angeles Times mengulas: "Jolie adalah seorang daripada selebriti yang mempunyai gaya di permaidani merah: pakaian ala-dewi dan tertutup yang mendedahkan tatu bahunya, rambut asli, solekan nipis dan perhiasan.

"Sesetengahnya mengkritik ia sebagai kelihatan tidak menarik tetapi saya menyifatkan ia sebagai pilihan sendiri

1 comment:

  1. aku cukup x suka minah nie...aku lebey suka jennifer anniston...kecik2 tp cili padi...

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: