Sejak Abby dan Zul terperangkap dalam rancangan Melodi beberapa minggu lalu selepas pulang dari Guangzhou, China, masyarakat mula memandang serong dengan ibu kepada tiga orang cahaya mata ini.
Pelbagai andaian mulai timbul tambahan pula apabila Abby baru sahaja bergelar janda kepada artis kacak, Norman Hakim.
Ketika bertemu dengan Abby baru-baru ini, Sinar Harian sempat bertanya kepada pasangan ini reaksi apabila persahabatan mereka mula dipertikaikan.
Dengan tenang Abby mengatakan bahawa dia sudah tidak mampu untuk menutup semua mulut orang yang mahu bercerita tentang mereka.
“Kalau Abby berkawan secara berselindung pun, orang akan terus berkata juga. Lebih baik Abby berkawan dengan Zul tanpa perlu nak sembunyi-sembunyi lagi.
"Bila kami rasa nak keluar berdua, kami keluar dan tak perlu berselindung untuk jaga hati semua orang,” ujar Abby dengan tenang bercerita.
Menurut Abby, dia tetap mengatakan bahawa hubungannya dengan Zul hanya sekadar kawan. Hubungan mereka bertambah rapat apabila sering berlakon bersama dan sedang merancang sesuatu untuk masa depan masing-masing.
”Lagipun, mungkin antara kami ni ada banyak persamaan dan kami boleh jadi kawan rapat kerana antara kami boleh bincang banyak benda. Lagipun, kami sudah rancang sesuatu untuk masa depan masing-masing kerana takkan nak harap duit berlakon sahaja. Sekarang ni, saya tak boleh nak cerita apa-apa dulu...tunggulah bila perancangan kami terlaksana nanti,” ujar Abby.
Rezeki semakin bertambah
Biarpun membesarkan tiga orang cahaya mata tanpa suami di sisi, Abby akui memang rezekinya tidak pernah putus. Sejak menjadi ibu tunggal, ada sahaja tawaran berlakon dan iklan yang dia terima dan dia anggap semuanya adalah rezeki anak-anak.
“Sekarang ini, saya sedang menunggu tawaran dari Ribena untuk episod seterusnya. Ada rezeki nanti, saya boleh jadi contoh ibu yang baik dalam drama-drama yang saya berlakon itu dan realitinya juga.
"Sekarang ini, apa yang saya fikirkan adalah untuk membesarkan anak-anak. Fasal kahwin, tunggulah dulu belum ada dalam agenda saya lagi,” ujarnya dengan ikhlas.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: