JOSH HOLLOWAY memiliki kaedah tersendiri bagi memastikan isterinya tidak cemburu apabila dia perlu melakonkan babak bercium dengan pelakon wanita lain.
Oleh itu setiap kali melakonkan babak bercium, bintang siri Lost itu akan memberikan sekeping kad berbentuk ciuman kepada isteri kesayangannya, Yessica Kumala.
Pelakon berusia 39 tahun itu berkata: "Kami sering membuat lawak terhadap satu sama lain. Dia akan mendapat kad ciuman percuma setiap kali saya perlu melakonkan babak bercium dengan wanita lain."
Tambahnya: "Isteri saya menyimpan kad tersebut. Saya sentiasa mengingatkan dia bahawa kad itu akan bertahan selama setahun saja jika dia tidak menggunakannya."
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: