Friday, January 30, 2009

Agensi Tipu


altDalam hidup ni kita kena sentiasa berhati-hati sebab macam-macam cara dan kaedah orang nak menipu kita. Lebih-lebih lagi apabila dia tahu kita tak ada pengalaman dalam bidang baru yang kita nak buat.

Macam ni ceritanya. Mangga Muda dapat panggilan daripada seorang anak muda yang baru berjinak-jinak nak jadi orang seni. Cita-cita dia tu nak jadi pelakon ke atau model ke. Apa-apa sahajalah sebab anak muda itu kacak juga orangnya. Kacak bergaya gitu.

"Saya dapat panggilan untuk hantar resume kepada sebuah agensi apabila kisah saya dipaparkan dalam satu ruangan pencarian bakat baru di sebuah akhbar. Saya ke agensi itu di Kuala Lumpur. Dia minta saya bayar RM50 sebagai yuran pendaftaran.

"Tak lama selepas itu dia hubungi saya dan mengatakan sudah mendapatkan saya beberapa kerja termasuk tawaran berlakon dan menjadi model untuk beberapa produk.

"Saya macam ragu-ragu sebab saya belum menandatangani apa-apa perjanjian dengannya macam mana dia boleh carikan kerja untuk saya pula.

"Lebih membuatkan saya cuak apabila dia minta saya bayar lebih RM1,000 sebelum memulakan kerja itu. Bayaran itu kononnya kerana agensi tersebut telah dapatkan kerja untuk saya.

"Saya tak tahu nak tanya siapa, sebab itu saya hubungi Mangga Muda untuk tanya pendapat," kata si kacak itu lagi.

Nasib baik si kacak tu bijak tak membayar membabi buta pula. Ini satu kes yang kita dengar. Banyak lagi orang yang terkena dek penipuan pihak yang mencari mangsa yang naif dalam sesuatu bidang.

Bukan begitu cara sesebuah agensi mendapatkan kerja untuk anak buahnya. Sebaliknya mereka kena tandatangani kontrak dulu untuk menjadi wakil kepada mana-mana model. Bayaran biasanya ditolak daripada pendapatan mereka melalui kerja yang dicari oleh agensi.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: