bertambah cantik plak mihah ni walaupun gigi besi lom tanggal...
Berkumandangnya lagu Adam dan Hawa di corong radio menghilangkan kerinduan peminat terhadap penyanyi Misha Omar. Manakan tidak, dikala satu persatu penyanyi dan bakat baru muncul, wajah dan suara Misha seakan sepi dari arene seni.
“Kebelakangan ini memang saya tidak keluar di majalah mahupun televisyen. Tetapi saya banyak memenuhi undangan nyanyian di majlis-majlis tertutup. Selepas album terbaru keluar, saya mendapat respons baik daripada ramai orang.
Saya tidak sangka ramai juga yang gemarkan lagu Cinta Adam dan Hawa. Walaupun lagu ini agak berbeza daripada lagu-lagu yang pernah saya nyanyi tetapi kelainan itu memberi keistimewaan kepada saya. Memang cukup bagus sambutannya,” ujarnya memulakan bicara.
Sungguhpun album yang memuatkan 11 buah lagu ini telah berada di pasaran, namun menurut Misha, dia masih belum sempat untuk mempromosikan album tersebut kerana sibuk dengan jadual aktiviti terkininya iaitu berlakon. Misha sebenarnya sedang sibuk menjalani penggambaran drama bersiri 20 episod bertajuk Julia Juli Bintang Tiga untuk slot Lagenda di TV3. Drama tersebut adalah adaptasi dari- pada cerita lama bertajuk Jula Juli Bintang Tujuh.
“Memang susah juga berlakon sebab saya perlu beri komitmen yang tinggi. Jika diban dingkan dengan nyanyian, saya dapati berlakon memerlukan kita memahami karakter, jalan cerita dan ‘chemistry’ yang perlu kita bina bersama pelakon-pelakon lain. Sungguhpun begitu, saya seronok berlakon.” Jelas penyanyi yang popular dengan lagu Bunga-bunga Cinta dan Ku Seru ini, dia sememangnya mempunyai minat untuk berlakon.
Pertemuan dengan seorang produser yang kebetulan mempunyai idea untuk membuat drama membolehkan impiannya direalisasikan. “Sebelum ini, saya ada juga tertunggu-tunggu akan tawaran ber- lakon. Ketika itu, saya fikir jika ada orang beri peluang, saya mungkin akan terima. Kemudiannya apabila diberi peluang, saya terus ambil.”
Tambah Misha, dalam drama bersiri yang bakal ditayangkan pada bulan Mac 2009 nanti, pemilik suara gemersik ini melakonkan watak sebagai Julu, iaitu adik kepada Julia yang dilakonkan oleh Nik Sayyidah dan Juli yang dilakonkan oleh Dynas. Ketika ditanya, adakah dia akan menerima tawaran lain selepas ini, Misha mengatakan bahawa segala-galanya bergantung kepada penerimaan penonton terhadap lakonannya dalam drama itu terlebih dahulu.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: