Wednesday, January 28, 2009

Isteri di rumah, suami pula...


KISAH aktor berstatus suami orang ini suka berhibur di kelab malam, bukanlah perkara baru SS dengar. Memang menjadi hobinya mencari hiburan luar walaupun sudah ada isteri di rumah.

Namun, melihatkan aksi dalam satu program televisyen baru-baru ini, SS ingat dia sudah insaf.

Maklumlah, bukan main manja lagi dia di sisi isteri yang jelita.

Tetapi, apabila seorang rakan menceritakan perihal si aktor ini, SS hanya menggeleng kepala.

Bukan apa, isteri di rumah mungkin ingat suaminya sibuk cari rezeki, tetapi lain pula cerita di lokasi.

Di sebalik kesibukan itu, masih ada masa lagi berhibur di kelab malam bersama kru produksi.

Apa yang si aktor ini buat dengan rakannya, tidak perlulah SS tulis. Kalau sudah namanya kelab malam, fikirlah sendiri apa biasanya yang ada di situ.

Cuma, dalam soal ini SS harap aktor itu insaf sebelum terlewat.

Maklumlah, memang manusia suka berasakan diri mereka masih muda untuk bertaubat.

Tetapi, sedarlah bahawa panggilan 'maut' itu tidak mengenal muda atau tua. Bila tiba masa, tidak dapat dielak.



Bukanlah SS doakan benda tidak baik terhadap aktor itu. Namun, sekadar peringatan untuk dirinya dan SS sendiri. Malah, jangan mudah lupa diri bila sudah dihimpit glamor. Ia tidak ke mana kerana kehidupan artis tidak selamanya akan berada di atas.



Jika masih muda, mungkin permintaan kekal tinggi. Tetapi, apabila usia menjangkau 50-an, mampukah diri hebat seperti dulu?

Dalam soal ini, di Hollywood mungkin 'saham' masih besar, tetapi untuk pasaran di negara ini entahlah. Jadi, tepuk dada tanya selera!

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: