Friday, January 30, 2009

Jackson disaman cedok persembahan Thriller


MICHAEL JACKSON


SANTA MONICA 29 Jan. - Pengarah persembahan muzik video Thriller, John Landis telah memfailkan tuntutan saman terhadap Michael Jackson dan seorang produser Broadway semalam atas dakwaan bahawa mereka tidak mempunyai hak untuk mengadakan persembahan pentas dengan mencedok daripada persembahan muzik video tersebut.

Landis yang merupakan penulis bersama dan juga mengarahkan persembahan muzik video terkenal itu mahu menyaman bintang pop itu dan syarikat produser James L. Nederlander berhubung persembahan pentas tersebut.

Nederlander awal minggu ini mengumumkan yang dia telah mendapat hak ke atas Thriller dan lagu daripada album blockbuster Jackson yang menggunakan nama yang sama.

Tuntutan Landis bertujuan mendapatkan perintah hakim bagi membuktikan Jackson tidak mempunyai hak yang cukup untuk menyerahkannya kepada Nederlander dan produser itu tidak mempunyai kebenaran untuk mencipta persembahan pentas berdasarkan video atau dokumentari yang diarahkan oleh Landis.

Peguam Landis, Miles J. Feldman berkata, kliennya mahu persembahan tersebut dihentikan "sekiranya perlu."

Pesanan suara melalui telefon yang ditinggalkan bagi mendapat ulasan daripada Nederland dan seorang peguam Jackson di New York tidak dibalas.

Landis mendakwa Jackson, yang baru berpindah dari Los Angeles, telah menerima bayaran sebanyak AS$400,000 (RM1.4 juta) bagi hak yang dimiliki Landis.

Tuntutan dibuat beberapa hari selepas pengarah An American Werewolf in London memfailkan saman terhadap Jackson atas dakwaan tidak membayar royalti Thriller sejak empat tahun lalu.

1 comment:

  1. salam...
    harga tertinggi!!!
    kami sedia membeli emas & surat pajak
    sila hubungi 013-282 3001(sms 24 jam)
    @ sila layari

    http://www.emasxproduktif.blogspot.com/

    agen diperlukan

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: