KEMUNCAK Anugerah Juara Lagu ke-23 (AJL23) yang berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil pada 18 Januari lalu bukan saja menyaksikan pasangan personaliti Dang Suria hadir bersama si dia, penulis lirik Ad Samad. |
Malah SS juga difahamkan pada malam sama, adik penyanyi terkenal, Saerah dikatakan hadir bersama seseorang yang istimewa.
SS tidak melihat sendiri, tetapi cerita ini disampaikan teman SS.
Katanya, sememangnya kemunculan artis ketika majlis permaidani merah dinanti-nantikan peminat dan juga media. Inilah masanya mereka melaram dengan baju sendiri atau ditaja kerana jurugambar akan merakamkan gambar mereka.
Kata teman SS itu, dia ternampak pasangan muda yang dikatakan heboh bercinta ini.
Kata teman SS, sebelum ini dia memang ada mendengar mengenai perhubungan intimnya dengan seseorang yang agak popular juga.
Pada mulanya SS kurang percaya apabila teman SS itu menyatakan siapa gerangan orang yang hadir dengan Saerah pada malam itu.
Sebabnya orang dimaksudkan ialah penyanyi Imran Ajmain yang popular dengan lagu Seribu Tahun.
Jika benarlah apa yang dikatakan itu, SS tumpang gembira kerana Saerah sudah ada pengganti. Kali ini orang yang terbabit dalam bidang yang sama.
Kata teman SS, dia yakin mereka ada hubungan istimewa kerana kelihatan mesra bersama dan begitu terbuka hadir bersama di majlis disaksikan ramai orang. Mereka juga nampak seperti pasangan yang sudah lama berkenalan sehingga tidak kekok langsung berjalan berpimpin tangan.
Mungkin itulah agaknya gaya pasangan yang dilamun cinta. Kalau serius, SS juga tumpang gembira memandangkan masing-masing masih solo dan tidak berpunya.
Tapi janganlah nanti apabila ditanya media mereka memberi jawapan hanya kawan tapi mesra sebagaimana istilah diberikan kepada beberapa selebriti atau artis sebelum ini.
Kalau sekadar kawan, mengapa datang berpegang tangan malah, adakalanya siap dengan pakaian sedondon lagi. Jangan suka berlakon walaupun dunia artis ini dikatakan penuh dengan kepura-puraan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: