JIKA aktres jelita Priyanka Chopra begitu mengagumi pelakon hebat Shah Rukh Khan (SRK) sehingga mengakui pada media yang dia adalah peminat No 1 'Raja Bollywood' itu, sememangnya kekaguman Priyanka itu berbaloi.
Ini kerana SRK sanggup memberi lebih ruang kepada Priyanka dalam lagu duet 'Billu Barber.'
"Shah Rukh menunjukkan minat yang cukup prihatin terhadap salah satu lagu dalam filem itu. Walaupun dia bukan pemuzik, naluri dia tentang muzik cukup bagus. Hanya beberapa saat saja, Shah Rukh tahu lagu itu ok atau tidak," jelas komposer Pritam Chakraborty.
Lagu-lagu yang dibuat khas untuk Kareena Kapoor dan Deepika Padukone diberi perhatian yang biasa saja. Berlainan dengan lagu untuk Priyanka.
"Shah Rukh paling suka lagu dia dengan Kareena ('Marjani') dan Deepika ('Love mera hit hit'). Lagu-lagu ini straightforward dan berentak rancak dan sesuai untuk Shah Rukh, Kareena dan Deepika menari," jelas Pritam.
Namun lagu yang dikhaskan untuk Priyanka mendapat sentuhan istimewa dan Shah Rukh telah memaksa Pritam buat balik dan rekod sekali lagi lagu tersebut.
"Lagu Shah Rukh bersama Priyanka bertajuk 'Khuda-ae-kher.' Lagu 'love ballad' yang menggandingkan kedua superstar ini telah mendapat perhatian khas SRK. dia mahukan bahagian suara perempuan dilebihkan untuk bagi pada Priyanka," kata komposer itu.
"Semuanya idea dari SRK untuk beri penekanan khas kepada Priyanka. Dia seorang penghibur yang murah hati. Di lakon layar, SRK tidak akan mencuri 'limelight' dari heroinenya.
"Lagu 'Khai ke paan banaras wala' dalam filem 'Don' juga memberi lebih ruang kepada Priyanka sedangkan lagu itu kepunyaan Shah Rukh," kata Pritam.
Bila ditanya Priyanka hanya menjawab, "Apa yang boleh saya cakap? Sekarang awak tahu, kenapa saya sukakan SRK?"
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: