Fouziah Gous kini bergelar gadis pembuka kotak dalam program sukaramai Roda Impian. Tugasnya nampak mudah tetapi tetap memerlukan kecekapan dan kepantasan berfikir dalam menjalankan tugas.
Yalah kalau tak cekap boleh tersalah membuka kotaknya nanti.
Pengacara bersama atau gadis pembuka kotak memang menjadi batu loncaran untuk seseorang semakin dikenali.
Eja dan Abby Abadi pernah menjadi pembuka kotak program itu dan selepas itu nama mereka semakin dikenali dan diminati selari dengan populariti program yang dialih daripada Wheel of Fortune itu.
Adakah Fouziah juga akan semakin dikenali selepas ini? Tunggulah apabila ia disiarkan di TV3 nanti. Kali ini hosnya dipikul oleh deejay Hot fm, Keeran.
"Sebenarnya saya tak membuka kotak sebab sekarang ia menggunakan teknologi, saya tekan-tekan butang saja," kata Fouziah.
Fouziah juga akui seronok sepanjang menjalani rakaman program itu. Dia sendiri dapat tambah pengetahuan tatabahasa.
"Rakaman telah siap sepenuhnya minggu lalu dan saya boleh meneruskan aktiviti berlakon sekarang," kata Fouziah.
Fouziah juga berharap peminat akan menerima kehadirannya sebagai pengacara dalam program Roda Impian musim baru yang kini akan ditayangkan di TV3.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: