Friday, January 30, 2009

Dengarnya...: Artis sopan sudah pandai merokok!


ANTARA ramai pelakon wanita di Malaysia ini, Cik Normah sebenarnya sungguh berkenan dengan seorang pelakon yang muncul hasil kemenangannya pada sebuah pertandingan. Bagi Cik Normah, dirinya mewakili segala kelembutan, kesopanan dan keayuan wanita Melayu.

Cik Normah perhatikan, lakonannya juga boleh tahan. Maknanya, tidaklah dia berlakon umpama sebatang kayu atau seperti tiang telefon. Hidup jugalah watak yang diserahkan kepadanya.

Cuma, peluangnya untuk menyerlah nampaknya macam susah sangat nak dapat. Belum ada watak yang benar-benar membolehkan dirinya ke depan, walaupun pakej yang dimiliki sememangnya hampir sempurna. Cik Normah percaya, jika dia diserahkan sebuah watak yang menonjol dalam filem mahupun telefilem atau drama, namanya akan melonjak dalam sekelip mata.

Pada ketika Cik Normah berharap nasibnya berubah dalam masa terdekat, lain pula cerita yang datang ke pendengaran. Khabarnya, artis yang satu ini sudah mula berubah perangai. Dia yang dulu penuh kesopanan, kini sudah mula menghisap rokok.

Apabila dia mula merokok, secara langsung pandangan orang padanya juga sudah agak berubah. Dia yang selalu dipandang sopan, kini membuatkan sesetengah rakan Cik Normah sendiri mula berkerut muka. Kata mereka, si pelakon ini takkan melakukan semua itu tanpa pengaruh rakan.

Bagi Cik Normah pula, harapan hanya satu - untuk melihat dia kembali melangkah maju dalam lakonan kerana peluangnya di depan memang besar. Kalau boleh juga Cik Normah tidak mahu tengok dia merokok lagi. Kekalkan imej ayu wanita Melayu yang pernah diberikan kepadanya.

8 comments:

  1. xbaik mrokok...bhye kn kesihatan je..

    ReplyDelete
  2. inilah orag kita cepat sangat hanyut dalam arus pupulariti.

    ReplyDelete
  3. nikah cepat2 then hisap rokok hidup lagi brfaedah

    ReplyDelete
  4. btul2 jgn la merokok mbzrkn duit je n jejaskn kshtn tau hisk3...

    ReplyDelete
  5. ni pesanan sye. merokok boleh menghidapi penyakit kanser mulut,klu korang nk mampus hisap lerr rokok banyak2.mampus korang,,memang korang ni bodoh............hahahahahahaha

    ReplyDelete
  6. mampoz laa dye nk isap okok x nk bodo!!
    dye beli okok gune duit apak kau keh ah??
    esok2 dye yg sakit nk mampoz bukan korg! so jgn jady sakai laa dok sebok tepi kain org ,kain snri yg terlondeh!!

    ReplyDelete
  7. perempuan merokok biasa saje lah... perempuan melacur tu yang tak biasa... hehehehe

    ReplyDelete
  8. selagi x sakit merokok la..jgn dah sakit baru nak nyesal pulak

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: