Wednesday, January 28, 2009

Olga sanggup berbogel demi cinta

Berbogel adalah satu luahan artistik, kata aktres kelahiran Ukraine, Olga - gadis James Bond.

GADIS 'James Bond' Olga Kurylenko tidak ada masalah untuk berbogel bagi edisi terbaru majalah lelaki 'Maxim', isu Ukraine. Olga mempunyai alasan tersendiri kenapa beliau sanggup berbuat demikian.

Jelitawan yang banyak mempamerkan aksi-aksi ganas dalam filem 'Quantum of Solace' di samping hero Danial Craig, pernah melakukan 'kerja' sewaktu dia remaja dan belum terkenal seperti sekarang.

Dalam 'Quantum Of Solace', Olga memainkan watak Camille, gadis yang mempunyai kisah silam yang tragik dan ingin membalas dendam terhadap orang yang mengakibatkan kematian keluarganya.

Bagi Olga, semua itu adalah sebahagian dari kerja artistik dan bukan 'ponografi.'

"Saya membuat sesuatu kerana cinta dan perasaan hormat. Banyak lagi perkara penting dalam dunia yang boleh saya fikirkan. Ambil gambar bogel tidak termasuk dalam agenda penting hidup saya," jelas Olga yang mengaku sudah tidak berminat lagi pada lelaki.

Mungkin juga keruntuhan rumahtangga Olga dengan Mogul telefon bimbit keturunan Amerika, Damien Gabrielle membuat beliau hilang minat kepada kaum lelaki.

Namun, beliau senang bersendirian buat masa ini.

Pasangan Olga, Danial Craig dalam filem James Bonda 'Quantum of the Solace.'

"Kita tidak boleh membuat andaian atas apa yang kita lihat dari luar. Ianya adalah berbeza sama sekali," jelas aktres kelahiran Ukrainian itu.

"Saya bukan seperti apa yang awak sangka. Saya tidak menjalin hubungan romantik seperti yang ramai orang anggap.

"Mungkin saya kelihatan begitu tapi saya bukan seorang yang romantik. Maaf jika ini membuat anda kecewa," jelas Olga.

Walaupun tidak romantik dan tidak mahu memikirkan soal lelaki buat masa ini, waniat berusia 28 tahun ini tidak menolak seandainya ada jodoh lagi.

Suami pertamanya ialah jurugambar bernama Cedric Van Mol yang dikahwininya pada tahun 2003. Mereka bersama selama 4 tahun.

Suami pertama Olga ialah jurugambar bernama Cedric Van Mol yang dikahwininya pada tahun 2003. Mereka bersama selama 4 tahun.

Olga kemudiannya berkahwin dengan tokoh perniagaan Damian Gabrielle pada tahun 2006 dan bercerai setahun kemudian.

Namun Olga berkata dia hanya ingin berkahwin satu kali saja seumur hidup seandainya bertemu dengan lelaki yang sesuai.

"Saya tidak serik dengan dua perkahwinan yang lampau. Saya cintakan kedua-dua mereka. Bagaimana boleh saya menyesal berkahwin dengan orang yang saya cinta?," ujarnya.

"Saya gembira berkahwin dengan mereka. Jika ditakdirkan saya terpaksa melakukannya lagi, saya akan lakukan. ianya bukan pengalaman yang sedih cuma masalah komunikasi.

"Keadaan sekeliling banyak mendewasakan saya. Dan saya dapati saya ada masalah komunikasi apabila saya menimba banyak pengalaman. Kedua suami saya adalah bangsa yang lain tapi mereka mempunyai personaliti yang menarik," jelas Olga.

Bagi wanita seksi ini, penceraian bukan satu kegagalan tapi melihatnya sebagai 'penutup sebuah cerita'.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: