Friday, January 30, 2009

Band indie mula demand

altSekarang ini band indie dapat sambutan sangat menggalakkan. Usaha mereka selama ini membuahkan hasil apabila kehadiran mereka mula dipandang tinggi.

Peminat mereka juga semakin bercambah. Apabila ada ramai peminat pihak media pun nak tumpang sekaki mempromosikan mereka.

Mahulah juga memuatkan kisah mereka dalam akhbar dan majalah. Tapi apabila dah popular ni perangai mereka semacam pula.

Ada yang terang-terangan menolak pelawaan mengadakan sesi fotografi. Tak penting kata mereka, mereka mahu buat cara mereka sendiri.

Agaknya mereka tak faham fungsi promosi dan pemasaran dalam membantu memperkenalkan mereka.

Kalau setakat hasilkan muzik yang orang suka, tapi disimpan di bawah dapur, siapa yang nak dengar? Kenalah dibawa kepada orang, barulah orang boleh dengar kan? Itulah promosi namanya.

Itu kisah tak mahu publisiti. Ada juga yang sedia untuk sesi promosi, tapi apabila diajak menghadiri acara hiburan yang juga bersifat promosi, ada juga feelnya.

Mintak itu ini. Biasalah kalau dah namanya road tour, pihak penganjur akan sediakan pengangkutan dan penginapan untuk mereka.

Mereka enggan pula naik kenderaan yang disediakan sebaliknya nak bawa kenderaan sendiri kalau ke luar Kuala Lumpur. Tak kisahlah kalaua nak bawa kenderaan sendiri, tapi yang tak sedapnya mereka minta pula bajet untuk bayar tol dan minyak.

Apa guna penganjur tadi sediakan pengangkutan kalau artis pergi sendiri dan perjalanan itu ditanggung oleh penganjur juga, Kira dua kali kos pula pihak penganjur nak sediakan. Masaklah macam itu. Penganjur patut tegas dalam hal macam ini.

1 comment:

  1. Bila dah tak popular nanti, baru la terhegeh-hegeh nak cari wartawan...

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: