Tuesday, November 10, 2015

Spongebob ‘selamatkan’ pelajar dari tercekik



Spongebob ‘selamatkan’ pelajar dari tercekik
Brandon Williams (gambar kecil: Spongebob)
NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT . Seorang remaja Autisme menyelamatkan seorang rakannya yang tercekik melalui teknik bantuan yang dipelajarinya melalui siri kartun televisyen terkenal, Spongebob Squarepants.
Ketika Brandon Williams pelajar Barnes Intermediate Scholl di Staten Island melihat rakan sekelasnya, Jessica Pellegrino  tercekik epal, dia segera memberi bantuan dengan menggunakan teknik 'Heimlich' yang dipelajarinya melalui kartun Spongebob Squarepants.
Salah seorang gurunya, Brian Griffin berkata, dia menyedari kejadian itu selepas beberapa pelajarnya memanggil namanya meminta bantuan.
"Apabila saya berpaling, saya lihat Brandon sedang menyelamatkan rakannya itu melakukan teknik Heimlich,' katanya.
Sementara itu, menurut bapa remaja itu, Anthony Williams, Brandon akan menganalisis sesatu yang tidak pernah di fikirkan orang lain, contohnya seperti apa yang dilakukannya itu dengan hanya menonton Spongebob.
"Dia mudah mengingat sesuatu perkara serta tahu apa yang sepatutnya dilakukan dan kami berbangga dengannya,' katanya dipetik People.com.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: