Sharifah Haslinda.
PETALING JAYA: Pelakon Sharifah Haslinda dan suaminya Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican bakal bercerai.
Sebutan dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Abdul Fattah Datuk Kamarudin di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat Bangi dekat sini kira-kira pukul 3 petang Isnin.
Sebutan dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Abdul Fattah Datuk Kamarudin di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat Bangi dekat sini kira-kira pukul 3 petang Isnin.
Mahkamah bagaimanapun menetapkan 2 Disember depan untuk sebutan semula kes berkenaan.
Dalam pada itu Haslinda yang dihubungi mStar Onlinebagaimanapun seolah-olah tidak mengetahui mengenai kes berkenaan.
"Tak ada apa-apa kes pun. Oklah, saya sedang memandu, nak keluar dengan anak-anak," katanya.
Haslinda atau nama sebenarnya Sharifah Norazleenda Syed Abu Bakar Al-Khaired , 43, mendirikan rumah tangga dengan ahli parlimen Kepala Batas itu pada tahun 2005 sebagai isteri kedua.
Pasangan itu dikurniakan empat orang cahaya mata.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: