Keadaan musang yang ditemui di Bukit Ibam oleh seorang guru
KUANTAN - Seekor musang yang dikatakan daripada jenis jebat sepanjang kira-kira satu meter ditemui mati di tengah jalan menuju ke Ibam berdekatan simpang Ladang IOI, Bukit Ibam, Muadzam Shah, semalam.
Musang betina yang ditemui guru, Sabiha Ab Rahman, 31, itu dipercayai masih menyusukan anaknya.
Sabiha berkata, dia menemui musang berkenaan kira-kira jam 10.30 pagi ketika dalam perjalanan membeli sarapan pagi.
“Saya rasa musang itu baru dilanggar kenderaan kerana badannya tidak berbau. Tapi menyedihkan juga sebab musang ini mungkin masih menyusukan anaknya kerana dilihat kepada keadaan susunya,” katanya.
Katanya, dia juga belum pernah melihat binatang itu sebelum ini dan memuat naik di satu kumpulan FB untuk berkongsi nama binatang berkenaan.
Bagaimanapun katanya, ada beberapa komen yang menganggap keadaan hutan di kawasan itu sudah ditebang mungkin antara sebab musang itu keluar mencari makanan di luar habitatnya.
Jabatan Perhilitan yang dihubungi Sinar Harian memberitahu, akan menyalurkan maklumat berkaitan spesies itu hari ini.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: