- Yusof (kiri) menghempas topi keledar milik seorang penunggang motosikal bagi membuktikan topi keledar tersebut tidak memenuhi ciri-ciri keselamatan.
Penolong Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Negeri Selangor, Yusof Hashim berkata, demonstrasi itu untuk membuktikan bahawa topi keledar yang mereka pakai itu tidak memenuhi ciri-ciri keselamatan dan piawaian yang ditetapkan.
Menurutnya, tindakan menghempas topi keledar di atas jalan adalah untuk membuktikan kepada penunggang motosikal bahawa topi keledar itu tidak mampu melindungi penunggang motosikal ketika berlaku kemalangan.
“Dalam demonstrasi itu, tidak dinafikan terdapat penunggang motosikal yang terkejut apabila melihat topi keledar mereka retak dan rosak. itu membuktikan bahawa topi keledar yang mereka gunakan itu tidak berlualiti dan tidak selamat," katanya ketika ditemui di lokasi pemeriksaan, semalam.
Beliau yakin setiap penunggang motosikal yang menyaksikan demonstrasi itu menyedari bahawa tindakan memakai topi keledar yang tidak berkualiti boleh mengundang padah.
“Apa yang penting, penunggang motosikal faham dengan tahap keselamatan yang dikuatkuasakan.
“Ini tak, sudahlah tak pakai topi keledar semasa bawa motosikal, peraturan keselamatan lain seperti langgar lampu isyarat turut dilakukan pengguna,” katanya.
Yusof berkata, pada operasi itu MKJR turut mengagihkan topi keledar yang berkualiti kepada penunggang terbabit bagi menggantikan topi keledar yang rosak itu.
Yusof berkata, pengeluar topi keledar yang semakin aktif mengeluarkan pelbagai bentuk topi keledar kini bukan sahaja dipantau malah akan dikenakan tindakan undang-undang sekiranya tidak mengikut spesifikasi dibenarkan.
Katanya, pihaknya bersama jabatan terlibat tidak akan berkompromi dengan pihak yang melanggar peraturan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: