Ia dijual di seluruh restoran makanan segera KFC di Indonesia.
Afgan mengakui turut bangga dengan pencapaian tersebut kerana ketika proses pembikinan, dia sedang sibuk dengan pengajiannya di Universiti Monash cawangan Malaysia.
"Saya sangat bangga kerana perjuangan saya untuk album kali ini sangat luar biasa. Dua tahun lebih pembikinan dilakukan ketika itu saya sedang sibuk belajar di Malaysia.
"Saya terpaksa ulang alik daripada Jakarta ke Malaysia hampir setiap minggu," ujarnya seperti dipetik kapanlagi.com.
Tambahnya, penghargaan tersebut merupakan hadiah kepada hasil titik peluh dan kerja kerasnya serta pencapaian terbesar dalam kerjaya sebagai penyanyi.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: