|
BAGI kebanyakan warga kota, mereka gemar bercuti di kawasan peranginan desa yang jauh daripada hiruk-pikuk hutan batu sambil menikmati pemandangan alam yang mendamaikan jiwa.
Namun, sesekali jika mahu bertukar angin, apa kata anda menikmati percutian serba mewah dengan gaya hidup metropolitan di Fraser Place Kuala Lumpur (Fraser Place).
Terletak di Jalan Perak, bangunan setinggi 30 tingkat itu tersergam megah dan menjadi salah satu aset kebanggaan Frasers Hospitality Pte. Ltd. (Frasers Hospitality).
Pengurus Besar Fraser Place, Shirley Lai berkata, terdapat 316 unit kediaman pelbagai variasi yang disediakan bagi pilihan pengunjung. Antaranya unit studio moden dan emper (penthouse) dengan dua hingga empat bilik.
Setiap unit kediaman mempunyai keistimewaan tersendiri dengan perabot di ruang tamu, bilik tidur dan dapur yang berbeza.
Ia juga turut dilengkapi peralatan elektrik bermutu tinggi untuk menjalani kehidupan harian seperti periuk nasi, mesin basuh, pengering rambut, televi- syen paparan hablur cecair (LCD), peti sejuk dan sistem hiburan yang komprehensif.
Selain itu, semua lokasi di Fraser Place disediakan perkhidmatan WiFi percuma.
“Unit-unit kediaman ini boleh disewa sama ada untuk semalam, sebulan, enam bulan atau lebih dari setahun. Ia sesuai sebagai destinasi percutian seisi keluarga.
“Malah, kebanyakan pelanggan kami terdiri daripada golongan ekspatriat yang menetap dalam satu tempoh masa yang lama,” ujar Lai kepada Kosmo!.
Beliau memaklumkan, Frasers Hospitality terkenal sebagai salah satu pemain utama pasaran hartanah dengan memiliki 44 rangkaian hartanah di seluruh dunia.
“Apa yang pasti, keunggulan perkhidmatan dalam industri hospitaliti bertaraf antarabangsa di semua pusat penginapan kami membuatkan pelanggan yakin dengan syarikat ini,” jelas Lai yang mengakui pihaknya sentiasa komited untuk menawarkan perkhidmatan dan keselesaan yang optimum kepada para pelanggan.
Tidak ketinggalan, pelbagai kemudahan lain disediakan untuk kemudahan pelanggan seperti sebuah gimnasium, bilik dobi, kolam renang, sauna dan bilik permainan video yang terletak di aras 18 bangunan tersebut.
Jika bosan berada di bilik, anda boleh berehat di ruang lobi yang dihias indah yang turut menempatkan beberapa unit komputer untuk kegunaan pengunjung.
Fraser Place juga menyediakan kemudahan bilik mesyuarat untuk mereka yang mahukan satu lokasi perbincangan dalam suasana dan eksklusif.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: