
ROSMADY dan Azman dibawa keluar dari
Mahkamah Majistret Kuala Selangor, Selangor semalam selepas hadapi
tuduhan membunuh penjaga cicak tokek.
KUALA SELANGOR – Dua lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan membunuh penjaga cicak tokek yang mayatnya ditemui di dalam sebuah kereta yang separuh tenggelam di lombong Jalan Rantau Panjang, Bestari Jaya di sini pada 30 Ogos lalu.
Kedua-dua tertuduh warga tempatan itu ialah Rosmady Rosman berasal dari Kuang, Rawang dekat sini dan Azman Ismail berasal dari Jeram di sini. Mereka masing-masing berusia 38 tahun.
Mengikut kertas pertuduhan, Rosmady dan Azman telah membunuh Syairul Helmy Azhar, 24, di hadapan rumah Lot 4225 Jalan Rezab Zazuli, Kampung Bukit Hijau, Jeram pada pukul 7 pagi, 30 Ogos lalu.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: