
BUFET yang menawarkan pelbagai hidangan berbuka puasa sepanjang bulan Ramadan ini.
JIKA anda masih tercari-cari tempat untuk berbuka puasa yang menawarkan pelbagai menu ala kampung, Hotel Radius International Kuala Lumpur mungkin jawapannya.
Ia berikutan hotel berkenaan menyajikan kira-kira 100 jenis pilihan hidangan cita rasa tradisional yang menyelerakan.
Antaranya, daging gulai kawah, rusa panggang bersama sos, tulang rusuk panggang serta busam sos, gulai itik masak lemak cili api, udang masak lemak rebung, rendang kupang, taugeh goreng ikan masin dan ayam gulai hijau.
Selain itu, terdapat nasi beriani kambing, rendang daging, kari kepala ikan, sotong goreng kicap, nasi beriani ayam, ikan siakap tiga rasa, sotong goreng kunyit, nasi kabuli, nasi beriani jagung, kambing masak jintan, udang tomato, ayam kerutub, ketam goreng berempah, sayur pucuk manis keledek dan kailan ikan masin.
Tidak cukup dengan menu itu cubalah pula pelbagai jenis kerabu seperti kerabu mangga, kerabu taugeh, kerabu So Hu, kerabu perut, kerabu kerang dan kerabu betik.
Sementara itu, Pengurus Perhubungan Awamnya, Hasliza Hamid berkata, pihaknya menyediakan kesemua hidangan itu secara bufet sepanjang bulan Ramadan ini.
Menurutnya, hidangan yang disediakan oleh Sous Chef Azman Abd. Rashid turut menawarkan pencuci mulut yang manis dan berlemak.
“Selepas menjamu selera, pelanggan boleh memilih puteri mandi, labu kukus ala Thai gula emas, cendol durian, pengat labu, bubur kacang hijau, sago gula Melaka, tahi itik, bubur pulut hitam, bubur jagung, pengat pisang dan pengat labu,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: