Pengarah Urusan Red Box Karaoke, Valeria Choo berkata, sumbangan itu disalurkan menerusi hasil kutipan penjualan beg berkenaan bermula pada 27 Februari lalu yang disalurkan kepada tabung kebajikan Utusan Karya Sdn Bhd (UKSB).
"Program ini adalah sebagai tanda penghargaan dan sumbangan daripada pelanggan Red Box kepada golongan yang memerlukan dengan kerjasama UKSB dan pihak Adabi,” katanya pada majlis penyerahan sumbangan berkenaan di Red Box Pavillion di sini pada Isnin lalu..
Ia turut diserikan dengan kehadiran artis popular seperti Awi Rafael, Asmidar dan Hijjaz.
Sementara itu Zurzaliza berkata, selain untuk ibu tunggal berkenaan, wang sebanyak RM20,000 yang diterima menerusi kempen berkenan turut diserahkan kepada lima rumah kebajikan dan anak-anak yatim lain.
Katanya ia sebagai sebahagian tanggungjawab syarikat penerbitan majalah itu untuk membantu golongan memerlukan melalui perolehan wang daripada kempen-kempen serta kerja amal yang dilaksanakan.
“Kami memberi wang ini kepada beberapa individu dan rumah kebajikan lain seperti di Jengka, Pahang dan Klang, Selangor,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: